Black Moustache

Friday 22 August 2014

TaKdIr CiNtA SeJaTi !! ..

“Amie, bangun! Dah pagi ni. Kawan-kawan kamu semua dah tunggu dekat bawah. Kata nak pergi kerja sama-sama. Nanti, lambat pulak karang,” bebel Mak Aishah sambil menarik selimut anak perempuannya.

 Amie membuka mata. Berkerut dahinya cuba hendak focus pada jam di dinding.

 “Baik, ibu. Saya pergi mandi, ibu suruh mereka tunggu sekejap ya,” balas si anak yang baru bangkit dari pembaringan.

 Amie terus menarik tuala mandinya dan menuju ke bilik mandi. “Cepat! Mak ajak dia orang sarapan dulu,” suruh Mak Aishah.

20 minit kemudian, Amie muncul di ruang tamu.

 “Sorry! Sorry sebab lambat. Semalam lupa nak kunci jam. Maaf ya,” kata Amie sambil membuat muka comelnye. Pipinya dikembangkan seketika. Matanya pula dikelip-kelipkan.

 “Taka pa, kami maafkan, lain kali tak ada maaf bagimu,” jawab Eima.

 “Ha’ah! Buang masa kita tunggu dia,” rungut Ameer. 

“Nasib baik, Mak Aishah punya nasi lemak sedap. Dua kali dah bertambah,”

 “Ok. Aku tak akan ulanglagi. Maaf ya. Sayang korang semua,” balas Amie. Terus sahaja kerusi di meja makan ditariknya.

 Apabila selesai bersarapan. Amie terus sahaja bersalaman dab mencium tangan dengan ibunya. Tentu sahaja Mak Aishah tidak melepaskan anaknya tanpa sebarang kata nasihat.Tiba sahaja ditempat kerja. Kami semua kemeja masing-masing dan membuat kerja yang berlambak diatas meja. Belum sempat. 

Tiba-tiba..

“Selamat pagi semua,”ucap En. Nizam bos besar disitu. 

“Hari ini kamu semua akan mendapat seorang pekerja baru iaitu Hakim. Hakim sila masuk dan perkenalkan diri,” terang En. Nizam lagi.

Apabila Hakim masuk. Semua mata terpegun melihat Hakim kerana dia hensem dan kacak bergaya.

 "Hai nama saya Hakim, selamat berkenalan dan sila tunjuk ajar,” kata Hakim.

 “Hakim kamu boleh duduk ditempat kamu. Kalau ada apa-apa yang tak faham sila bagi tahu pembantu saya iaitu Amie,” terang En. Nizam sambil tangannya menunjukkan tempat duduknya.

 “Ok, saya ada hal kejap. Kamu semua siapkan kerja yang patut disiapkan itu ya. Ok,” kata En. Nizam memberi pesanan lalu keluar dari pejabat tersebut.

Belum sempat Amie, Eima dan Ameer menyapa, meja Hakim sudah pun dikerumi oleh pekerja perempuan.

 “Amie, ramainya perempuan dekat meja Hakim tu, baru nak berkenalan dengan dia,” kata Eima sambil membuat muka sedih.

 “Ha’ah, aku pun baru nak berkenalan dengan dia juga. Mana tahu nanti dia boleh jadi kawan baik aku,” rungut Ameer.

 “Yalah, lelaki hensem dan kacak bergaya katakan, itulah kau tak menyapa dari tadi kan dah terlepas,” kata Amie sambil membuat fail kerja yang berada diatas mejanya.

 “Yalah,” jawab Eima lalu mencubit pipi Amie yang tembab itu.

 “Aduh! Sakitlah,” kata Amie mengosok pipinya yang merah itu sambil ketawa. Hakim curi-curi melihat muka Amie yang ketawa comel itu.

Jam didinding sudah tepat menunjukkan pukul 12 tengahari waktu untuk rehat. Amie, Eima dan Ameer berkemas-kemas untuk pergi makan tengahari. Semasa dalam perjalanan turun tangga mereka bertiga terserempak dengan Hakim.

 “Hai, Hakim. Jom rehat bersama-sama dengan kami bertiga. Kalau ramai lagi bagus meriah sikit,” ajak Ameer sambil menarik tangan Hakim.

 “A’ah! Betul tu, jom lah Hakim, kita boleh kenal-kenal lebih rapat lagi,” kata Eima sambil memegang tangan Amie.Amie hanya berdiri dan tersenyum.

No comments:

Post a Comment